- Email:
- Call:
- Share:
Event Location
16 Jan, 2026 From 6:00 PM to 9:30 PM Masjid Al-Iman, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
Israk dan Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan, tetapi sebuah seruan untuk kembali mendaki tangga iman di tengah dunia yang penuh godaan. Pada malam yang mulia ini, Masjid Al-Iman mengundang seluruh jemaah untuk berhimpun, berzikir dan menghayati makna ketaatan yang sebenar.
Buat pertama kalinya di Masjid Al-Iman, kita berbesar hati menyambut kehadiran Ustaz Syaari Ab Rahman dari Malaysia dalam Ceramah Perdana bertajuk “Israk & Mikraj: Mendaki Tangga Iman di Tengah Godaan Dunia”. Sebuah peluang istimewa untuk mendengar, merenung dan membawa pulang bekalan iman ke dalam kehidupan seharian.
Program akan bermula pada Jumaat, 16 Januari 2026, jam 6.00 petang, dengan Yasin dan Tahlil, diikuti zikir, selawat dan qasidah selepas Maghrib, sebelum kemuncak ceramah selepas Isyak.
Mari kita hidupkan malam yang penuh keberkatan ini bersama keluarga dan insan tersayang, menyatukan hati dalam mengingati Allah dan meneguhkan langkah di jalan-Nya.
Jumpa anda di Masjid Al-Iman.
Visit www.islamicevents.sg for more updates on local Islamic events in Singapore.
Details
Tarikh: Jumaat, 16 Januari 2026
Masa:
- 6.00pm | Yasin & Tahlil
- Selepas Maghrib | Zikir, Selawat & Qasidah
- Selepas Isyak | Ceramah Perdana "Israk & Mikraj: Mendaki Tangga Iman di Tengah Godaan Dunia"
Tempat: Masjid Al-Iman
Registration Details
There are no tickets configured for this event. Please view event details above or contact the organizer for more info.